Thursday, September 3, 2015

Keperluan Sihat yang Selalu Kita Pandang Rendah

Assalamualaikum

Dah lama saya tak update blog. Bukan tak rindu, sangat rindu sebab ia adalah cara saya nak cerita kisah-kisah menarik dan memikat hati. Cewahh :)

InshaAllah saya akan selalu update selepas ini. Jadi, takde lagi tengok fasa takde pun kisah dan story baru di sini hihi

Cerita ini saya ambil dari FB Master Farah Wahida, salah seorang Master Coordinator dari group besar Jutawan Shaklee kelolaan Master Shareeza. Master Shareeza ni kira pangkat moyang Shaklee saya :) Betapa indah bait-bait ucapan Master Farah Wahida yang mengusik hati ini

~~ Rutin harian saya sebagai menjaga susuk tubuh pinjaman dari Allah.

Tubuh kita ibarat pohon tumbuhan
Pokok perlu baja untuk tumbesaran dan kesuburan.

Kita manusia juga perlu nutrisi untuk kekalkan kesihatan dalaman. Ada sel yang rosak perlu dibaiki, ada sel mati perlu diganti. Perlu tenaga untuk menjalankan sistem-sistem dalam badan. Bila dalaman sihat, barulah luaran tampak cantik, segar, jelita.

Ada kala pokok diserang serangga perosak. Sistem imuniti pokok tak mampu menangkis serangan. Jangan tak tahu, pokok ada sistem imuniti juga. Maka masa itu pak tani semburkan racun serangga untuk mengawal dari kerosakan yang lebih teruk.

Begitu juga kita manusia, ada masa jatuh sakit. Bila badan kita di tahap tak mampu membaik pulih, kita perlu ubat untuk kawal penyakit.

Nutrisi atau ubat, dua-dua peranan penting. Asasnya, jika setiap sel badan kita mendapat nutrisi yang cukup, makro dan micronutrient, lengkap dengan antioksida, vitamin dan mineral insya Allah badan kita akan kuat pertahanan imuniti.

Cara hidup yang sihat. Makanan yang sihat serta elakkan pengambilan makanan terlalu banyak atau tertentu juga adalah langkah yang perlu diambil kira.

Bila Allah datangkan sakit, itu tanda Allah dekat. Masih ada perhatian Allah buat kita. Tapi adalah baik kita menjaga diri sebelum ia sakit. Sebab itulah jaga kesihatan dengan niat memanfaatkan kesihatan untuk beribadah kepada Allah pun dapat pahala.

Jika rumah kita boleh hiasi,
Jika kita boleh perbaharui,
Jika baju boleh selalu berganti,
Jika make up boleh ditempek di pipi,
Ada baiknya tubuh pun dibajai ;D

Tak gitu?

---------------------------------

Nak tahu lebih lanjut berkenaan apa yang boleh anda lakukan untuk hidup yang lebih sihat?

Jangan segan hubungi saya, wakil sah Shaklee anda. Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh juga mesej saya yer hihi

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS/Whatsapp/Telegram: 012-3620750

0 comments:

Post a Comment