Tuesday, January 20, 2015

12 Kebaikan Detox untuk Badan

Adakah program detoks baik untuk kita? Banyak pertikaian mengenai kebaikan dan kemungkinan juga, keburukan proses ini. Ia mungkin memeningkan kepada bakal pengamal amalan detoks ini. 

Keberangkalian untuk menimbulkan masalah ada, tetapi jika dikawal pasti tidak membebankan.


Apa yang dikatakan sebagai detoks?


Detoks atau juga dipanggil menyahtoksin adalah satu proses untuk membuang kekotoran atau sisa yang tidak diperlukan daripada badan. Secara mudah, badan kita melakukan detoks secara semulajadi contohnya melalui perkumuhan, berpeluh dan pembuangan najis. Namun, kadangkala proses ini tidak menjadi lancar dan tidak semua dapat dikeluarkan daripada badan terutamanya jika melibatkan kolon.


Kenapa perlu detoks?


Kekotoran atau pun toksik yang terkumpul dalam badan boleh menyebabkan beberapa penyakit yang serius. Berdasarkan fakta, kebanyakan penyakit hari ini adalah berpunca daripada badan yang penuh dengan toksik.

Antara tanda badan memerlukan proses detoks adalah:

- Sakit kepala yang kerap
- Keletihan
- Kulit kusam
- Selalu jatuh sakit seperti demam
- Sembelit


detoks secara semulajadi
Contoh proses detoks secara senulajadi


12 kelebihan detox menurut artikel kesihatan




1. Merangsang tenaga


Kebanyakan pengamal dan pengikut program detoks memberitahu mereka berasa lebih bertenaga. Ini kedengaran munasabah kerana ketika melakukan detoks, pengamalnya akan memberhentikan penambahan pemakanan yang menjadi punca proses detoks dilakukan. Melalui cara merendahkan pengambilan gula, kafein, trans fat, lemak tepu dan menggantikannya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Kaedah ini dapat memberikan penambahan tenaga. Ia amat penting untuk meminum kuantiti air yang secukupnya ketika melakukan proses detox dan ini juga mungkin sebab kenapa tenaga bertambah sekiranya pada hari lain, pengambilan air tidak mencukupi.


2. Menyingkirkan lebihan sisa buangan


Perkara yang paling penting mengenai detoks adalah membenarkan badan menyingkirkan lebihan buangan yang disimpan. Kebanyakan program detoks dicipta untuk merangsang badan menyahtoksin secara sendiri, membantu hati, buah pinggang serta kolon untuk melakukan proses ini. Membersihkan kolon adalah bahagian penting bagi proses detoks kerana toksin ini perlu dikeluarkan daripada tubuh badan. Memilih buah-buahan dan sayur-sayuran adalah penting meskipun selepas program detoks disudahkan untuk membuat proses ini berterusan. 


3. Membantu Menurunkan Berat Badan


Ia mudah untuk melihat bagaimana diet detoxks akan mengurangkan berat badan dalam jangka masa pendek, tetapi cara yang lebih sihat untuk melihat diet detoks ialah dengan melaksanakannya dalam jangka masa panjang dan menggunakan pemakanan secara sihat serta membuang tabiat pemakanan yang kurang sihat.

Kebanyakan masanya penurunan yang drastik dalam kalori dan kadar penurunan yang cepat dalam berat badan yang difokuskan, terutamanya dj media massa. Namun begitu, kesan jangka pendek ini tidak akan berhasil jika kita tidak bertindak menggantikan makanan yang tidak sihat dengan makanan sihat, dan menggunakan tenaga kita yang baru untuk lebih banyak bersenam dan lebih aktif secara amnya.

4. Sistem Imun yang Lebih Kuat


Apabila kita meng'detoks'kan tubuh badan, kita memberi peluang untuk organ badan kita berfungsi seperti mana ia sepatutnya berfungsi. Ini akan membantu untuk memberikan imun badan 'boost' kerana kita akan mampu menyerap nutrisi dengan lebih baik dan ini termasuk vitamin C. Kebanyakan herba yang diambil semasa berdetoks akan membantu sistem limpa dan ini memainkan peranan penting dalam membuatkan kita sihat. Kebanyakan program detoks juga mengfokuskan senaman ringan yang membantu pengaliran cecair limpa dalam tubuh badan dan membantu sistem pembuangannya serta dalam masa sama, menguatkan sistem imun.

5. Menjadikan Kulit Kelihatan Cantik


Kulit kita ialah organ terbesar di dalam badan. Jadi, masuk akal jika dikatakan kulit akan mendapat manfaat daripada program detoks. Satu cara untuk membantu program detoks ialah bersauna untuk membantu badan berpeluh toksin yang berlebihan. Kita boleh mendapatkan kulit yang lebih bersih, licin pada akhir program detoks. Ia juga dilaporkan yang detoks boleh membantu menghilangkan jerawat tetapi mungkin menyebabkan kulit kelihatan lebih teruk sebelum jerawat semakin bersih dan pudar ketika proses membuang toksin berjalan. Mungkin kulit akan lebih gatal dan kering sebelum ia sembuh dan hilang, namun ini adalah sebahagian dari proses dan ini adalah tanda yang bagus dalam proses membuang toksin ini.


skin benefits of detoxing

6. Pernafasan yang Lebih Bagus

Ikuti program detoks yang mempunyai pembersihan kolon kerana toksin perlu dikeluarkan daripada badan. Ada teori mengatakan bahawa satu penyumbang kepada mulut yang berbau adalah kolon. Apabila kita dapat membersihkannya dan membantu sistem pencernaan berfungsi dengan baik kembali, kita akan mendapati pernafasan kita kembali elok. Kita kena juga mengambil perhatian pernafasan mungkin menjadi semakin teruk semasa proses detoks tetapi apabila ia berakhir, pernafasan akan menjadi lebih elok. Proses ini semulajadi dan berlaku semasa toksin dikeluarkan dari tubuh.


7. Membantu Perubahan Kesihatan ke Arah Lebih Baik

Ia agak sukar untuk menukar tabiat jangka panjang, dan detoks program tidak kira berapa lama ialah satu cara untuk membezakan tabiat lama dan tabiat baru. Jika kita ada ketagihan terhadap gula, kafein, makanan bergoreng atau makanan yang rangup, program detoks boleh membantu menghilangkan ketagihan itu. Selalunya jika kita cuba untuk berhenti ketagihan terhadap makanan atau minuman seperti itu, kita akan berdepan dengan keputusan yang tidak membanggakan dan kembali kepada tabiat yang lama. Jika kita membersihkan tubuh dan menggantikan makanan itu dengan pilihan yang lebih sihat, kita mampu mengawal diri kita dan kemungkinan untuk lebih memilih habit yang lebih baik untuk jangka masa panjang.

8. Fikiran yang Lebih Tenang

Program detoks yang bagus akan memberi penumpuan kepada minda semasa proses pembersihan. Penggunaan meditasi selalunya dicadangkan sebagai cara untuk kembali berhubung dengan badan semasa proses pembuangan dan pembersihan toksin. Pengikut detoks selalu mengaku bahawa mereka akan hilang perasaan keliru, dan mampu untuk lebih berfikiran positif semasa berdetoks daripada tidak mengikuti program itu. Ini memang boleh diterima kerana kebanyakan makanan yang dipenuhi gula dan lemak yang mengelilingi kita setiap hari dan menyebabkan kita cepat letih dan merupakan faktor yang mempengaruhi cara pemikiran kita.


9. Rambut yang Lebih Sihat

Pada masa kita melihat rambut kita, ia sudah dirasakan mati, kerana semua kesuburan berlaku bermula dengan folikel rambut. Ini adalah sebab kenapa ia penting untuk badan berfungsi pada potensinya mengikut proses detoks yang kerap dan ada strategi. Apabila rambut kita boleh tumbuh tanpa dipengaruhi oleh toksin dalaman, kita akan lihat dan rasai perbezaannya. Rambut akan kelihatan lebih berseri, dan lebih lembut untuk disentuh. Proses detoks tidak cukup untuk menghentikan kebotakan bagi lelaki, tetapi ramai memgakui rambut mereka tumbuh dengan lebih cepat, petanda untuk rambut yang lebih sihat.


10. Rasa Diri Lebih Ringan

Antara kebaikan detoks yang dilaporkan ialah perasaan diri lebih ringan. Antara sebab kenapa ini terjadi iaitu jika kita memgikuti proses pembersihan kolon sebagai salah satu proses detoks. Apabila kita berhenti daripada makan makanan yang memberatkan tubuh badan, dan menggantikan dengan makanan yang lebih baik seperti buah-buahan organik yang segar dan sayur-sayuran, perasaan diri lebih ringan akan mudah dirasai. Ia juga penting untuk tidak terlebih makan semasa proses detoks dan ini akan memberi rasa diri yang lebih ringan, dengan memberikan tenaga yang sebelum ini kehilangan.


11. Kebaikan Anti-Penuaan

Toksin yang sentiasa berlaku yang terpaksa badan hadapi adalah antara faktor penyumbang kepada proses penuaan. Jika menurunkan jumlah kerosakan radikal bebas kepada tubuh, kita akan melihat perubahan bukan sahaja dalam jangka masa pendek, tetapi manfaat dalam jangka masa panjang dengan penambahan kesihatan. Apabila kita sudah selesai menjalani program detoks, ia adalah penting sekali untuk tidak kembali kepada cara hidup lama yang dipenuhi dengan toksin. Memilih diet yang lebih sihat adalah amat penting seperti mana melakukan aktiviti harian adalah cara hebat untuk memastikan kita rasa lebih hebat pada setiap saat kehidupan kita.

sihat secara semulajadi



12. Peningkatan Rasa Keselesaan Hidup

Apabila kita berdetoks, kita akan rasa lebih bagus, dan apabila kita rasa lebih bagus, perkara yang elik akan berlaku. Detoks selalunya digunakan secara strategik untuk menurunkan berat badan atau melakukan rancangan diet yang baru tetapi tiada sebab yang lebih bagus selain untuk merasa lebih bagus. Apabila kita merencanakan untuk menjadi lebih selesa, kita akan meningkatkan kesemua aspek dalam kehidupan dan kita akan melihat hubungan yang lebih baik, kerja yang lebih produktif dan perasaan yang lebih positif atau merasai pembaharuan pandangan terhadap kehidupan.

Nota tambahan: Selain detoks makanan dan minuman, kita juga memerlukan supplement untuk tubuh badan yang lebih sihat dan segar. Antara cadangan saya ialah Vivix dan Alfalfa Complex dari Shaklee. Pengambilan kedua-dua ini secara berterusan dijamin membantu tubuh badan kita untuk jangka masa yang panjang.

Hubungi saya untuk info dan pesanan:
Nabihah Yunus
Shaklee ID 893006
SMS/Whatsapp: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com

4 comments:

  1. Go to bed before 10 pm tu susahsikit nak buat bila ade anak ni,.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Betul jugak. Kena ambil apa paling bagus dan paling mampu dibuat hihi

      Delete
  2. perkongsian yang sangat baik, mesti nak kena try ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Harap boleh dijadikan panduan :)

      Delete