Friday, January 17, 2014

Kenapa Saya Pilih Memakan Supplemen?

Assalamualaikum dan hi,
Seperti mana tajuk di atas, saya ada beberapa sebab untuk memakan supplemen :)

1) Sebab pertama, mestilah untuk cantik! Penggunaan krim, pelempab, krim sun block atau tabir suria itu semua lebih kepada short terms. Maksud saya, kesannya tidak menyeluruh. Pengambilan makanan tambahan lebih membantu kerana kita mengambilnya secara oral intake, yakni ia akan melalui salur darah dan berhubung kait dengan sistem badan kita. Kesannya efektif dan tak diragui. Contoh terbaik, jika anda memakai krim yang mengandungi kolagen, kesan krim itu ke atas kulit tidak mampu diserap ke dalam kulit kita secara berkesan, berbanding jika kita makan atau minum. Sebab kenapa? Ini kerana saiz partikel kolagen amat besar dan tidak mampu diserap oleh kulit melalui cara itu. Pilihan kolagen saya? Collagen Powder daripada Shaklee sudah tentunya.

2) Kesihatan Optimum
Ini juga sebab penting kenapa saya memakan supplemen. Waktu-waktu seperti ini, kita sering dengar penyakit tiga berangkai, rakyat Malaysia dibayangi tabiat pemakanan yang tidak seimbang, dan juga kanak-kanak memakan makanan yang tiada sumber nutrisi lengkap. Hmmm, tabiat ini siapa yang perlu disalahkan? Saya yakin jika ada saluran untuk tabiat pemakanan sihat secara agresif diwar-warkan di dada akhbar, media dan juga kawasan perumahan, masyarakat akan sedar betapa pentingnya isu ini. Pernahkah anda melihat usaha selebriti chef terkenal dari United Kingdom, Jamie Oliver mengenai tabiat yang beliau berusaha untuk menghalangnya daripada membahayakan lebih ramai kanak-kanak sedari kecil? Saya yakn usaha itu amat terpuji dan disegani. Maklumlah, dari kecil lagi kita diajar untuk makan makanan segera, berminyak dan bergoreng. Jikalau dalam kuantiti kecil sudah tentulah tidak mengapa, tetapi bimbang jika dalam kuantiti yang banyak. Itulah sebab yang perlu kita jawab jika ingin mengambil nutrisi tambahan, bagi menggantikan nutrisi yang kurang dan tidak bermanfaat kepada tubuh.

3) Nilai Duit
Sebab yang saya beritahu di sini kerana nilaian duit memang akan memberikan balik kesihatan kepada kita kerana jika kita menyediakan payung sebelum hujan, di masa kita menghadapi usia senja, pasti kita tidak akan menyesali tindakan. Contoh, apabila kita dari muda kita minum susu, makan kalsium, zink dan juga makanan tidak kiralah makanan tambahan atau pun tidak yang diperkaya dengan nutrisi terbaik, pasti keberangkalian kita mengalami tulang yang rapuh atau osteoporosis agak kurang, berbanding individu yang tidak mengambil berat akan kesihatan mereka.

Pilihan yang bijak di tangan kita :)

Lagi satu, minum air yang banyak juga amat penting.

Untuk maklumat lanjutan berkaitan apa yang terbaik untuk masalah anda, hubungi saya:
Nabihah Yunus [SID 893006] [sms 012-3620750]

Saya akan berikan konsultasi berkesan untuk setiap masalah tuan-puan.

Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment