Wednesday, October 9, 2013

Cinch shake untuk kekal bertenaga

Assalamualaikum dan hi,

Cinch shake mix adalah salah satu daripada produk keluaran Shaklee. Didatangi dengan berbagai-bagai perisa yang lazat, ada tiga semuanya iaitu Cafe Latte, Chocolate dan Vanilla. Antara kesemua ini, hanya Cafe Latte yang mempunyai kafein kerana ingin mengekalkan perasa kopi yang asli, tapi masih dalam keadaan terkawal. Ini kerana Shaklee amat menitik-beratkan kualiti dan banyak sumber kewangan telah digunakan hanya untuk memastikan kualiti dan keperluan pengguna terjamin.

Jika di negara lain, mungkin kita perasan yang ada campuran Strawberi sekali, tapi di Malaysia setakat ini hanya ada tiga pilihan sahaja. Cinch Shake Mix mengandungi leucine yang merupakan otot yang membina asid amino yang terdapat dalam protein tertentu. Ujian klinikal yang dijalankan ke atas formula leucine telah menunjukkan keupayaan untuk mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak atau lean muscle mass. Mereka yang telah menjalani program ini telah kehilangan lemak, berat, incidan dalam masa sama berupaya mengekalkan otot mereka. Ini bermakna, walaupun anda telah mendapatkan berat badan yang ideal, kulit dan otot anda akan terbentuk cantik dan tidak menggeleber.

Sebab kenapa Cinch Shake harus menjadi pilihan

1) Rasanya yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu memelihara otot penting dan menjadikan anda sentiasa kenyang dan berpuas hati serta mampu kurangkan berat badan

2) Rumusan diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam erti kata lain, leusina dalam Cinch Shake membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

3) Setiap kali menikmati Cinch Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan.


Lain-lain kebaikan Cinch Shake Mix:

  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO


Shaklee merupakan pilihan selamat dan bijak. Shaklee juga merupakan pilihan saya. Bagaimana pula dengan anda?

0 comments:

Post a Comment